05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ramah Mesra Tahun Baru Cina 2017

BIU1

 

4 Februari 2017 (Ahad)– Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq,Bangsar dengan julung pertama kalinya telah menganjurkan Program Ramah Mesra Tahun Baru Cina 2017 sempena meraikan perayaan Tahun Baru Cina 2017 yang disambut oleh masyarakat kaum Cina pada 28 januari 2017 yang lalu. Matlamat utama program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan kemasyarakatan khususnya kepada komuniti masyarakat di kawasan Lembah Pantai dan Bangsar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama. Kehadiran jemputan tetamu tidak hanya dikhususkan kepada golongan kaum Cina sahaja bahkan ianya turut dihadiri jemputan dari pelbagai kaum dan etnik di seluruh kawasan Lembah Pantai dan Bangsar.

Tetamu mula hadir pada jam 10.00 pagi dan program dimulakan dengan para tetamu dijemput menikmati hidangan makanan dan minuman yang disediakan. Sambutan kehadiran tetamu ke amat memberangsangkan diamana ianya berjaya menarik seramai 400 orang terdiri daripada komuniti masyarakat Islam dan bukan Islam dari pelbagai lapisan kaum. Sepanjang 2 jam program ini diadakan di perkarangan Anjung 1 Masjid para tetamu dihidangkan dengan makanan pilihan rakyat Malaysia seperti rending, ketupat dan nasi minyak serta buah limau mandarin. Kebanyakkan mereka memakai pakaian baju batik, baju kurung dan selainnya dengan tradisi warna merah.

Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar iaitu Datuk Hj Ibrahim bin Thamby Chik juga telah menyampaikan sepatah dua ucapan aluan dan kemudiannya diteruskan kepada ucapan oleh Datuk George Joseph mewakili persatuan-persatuan penduduk di Bangsar. Datuk George Joseph berkata beliau bersama-sama dengan wakil penduduk amat terharu dan gembira dengan penganjuran sambutan Tahun Baru Cina yang dijayakan ini dan berharap pihak masjid dapat menganjurkan lagi program sebegini pada masa akan datang.

 

BIU2 BIU3
BIU4 BIU5
BIU6 BIU7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel