05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantauan Dan Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Kurikulum Standard Sekolah Rendah Di Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( Siraj )

 

 naz 1

 

02 Februari 2017 / 05 JamadilAwwal 1438H - Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan pemantauan dan penyeliaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada dua buah Sekolah Integrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( SIRAJ )  pada 23 Januari 2017 dan 2 Februari  2017. Sekolah-sekolah tersebut adalah SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas di Pantai Dalam dan SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari di Jinjang Utara.

Pemantauan ini merupakan salah satu proses bimbingan kepada guru-guru dan juga kepada pihak sekolah dalam usaha memastikan pelaksanaan KSSR mengikut dasar SIRAJ berjalan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pelajaran. Kedua-dua SIRAJ ini baru beroperasi mulai Januari 2017 dan mempunyai seramai 87 orang murid, 10 orang guru di SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas manakala seramai 98 orang murid dan 10 orang guru di SIRAJ Abu Dzar Al-Ghifari.

Pemantauan dan penyeliaan kali ini adalah menekankan kepada bimbingan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), penyediaan Buku Rakod Mengajar ( BRM ) dan Buku Kedatangan Murid ( BKM ).

 

 

 

 naz 2  naz 5
 naz 3  naz 6
 naz 4  naz 7

 

 

Disediakan Oleh;

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

Cetak   Emel