05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Bantuan Latihan Teknikal Pengurusan Hal Ehwal Islam Kepada Masyarakat Islam Kemboja Menerusi Peroperasian Tadika Islam Kemboja

 

kemboja 1 

 

 

23 - 26 Januari 2017 Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meneruskan Program Bantuan Latihan Teknikal Pengurusan Hal Ehwal Islam kepada Masyarakat Islam Kemboja menerusi usaha membangunkan pengurusan Pendidikan Islam. Penyelarasan bersama Bahagian Pelajaran JAWI dengan Pejabat Mufti Kemboja telah dilaksanakan khusus kepada peroperasian Tadika Islam Kemboja termasuk penyediaan keperluan dan peralatan sebelum tadika beroperasi sepenuhnya.

Menerusi penyelarasan tersebut, tiga orang Pegawai Bahagian Pelajaran yang diketuai Us. Mohd Sahirman bin Ahmad; PPK(T), Us. Mohamad Shahril bin Ahmad; PP(AP) dan Us. Amaluzzaman bin Abu Hassan; Pen. Peg. (AP) telah membantu para Pegawai Pejabat Mufti Kemboja. Perkongsian pengalaman, ilmu pengetahuan dan kepakaran serta penyaluran bantuan teknikal adalah bertujuan untuk memastikan kesinambungan Masyarakat Islam Kemboja memiliki Pendidikan Islam yang sempurna dan teratur bermulanya dari peringkat bawah iaitu peroperasi Tadika Islam Kemboja 2017 di Institut An-Nikmah Al-Islamiyah, Phnom Penh, Kemboja.

 kemboja 2      kemboja 4
 kemboja 3 kemboja 6
                                        kemboja 5
 

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Cetak   Emel