05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ceramah Perdana: Ukhuwwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah Bersama YB Ustaz Nik Mohd Abduh bin Nik Abdul Aziz

YBNA1

22 Januari 2017 (Ahad) - Majlis Permufakatan Masjid dan Surau Lembah Pantai dengan kerjasama Masjid Ar-Rahman Kuala Lumpur telah menganjurkan Ceramah Perdana bertajuk Ukhuwwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah yang disampaikan oleh YB Ustaz Nik Mohd Abduh bin Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan Darul Naim.

Seramai 500 orang memenuhi Masjid dengan majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Imam Masjid Ar-Rahman Ustaz Mohd Firdaus bin Rosli memaklumkan berkenaan Taqwim Bulanan Sepanjang tahun 2017 dan tabung dana pembangunan Masjid Ar-Rahman.

Turut hadir Aktivis Masyrakat  Datuk Seri Utama Raja Nong Chik bin Datuk Zainal Abidin,Pengerusi Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau Datuk Haji Ibrahim bin Tamby Chik, Pengerusi Masjid Ar-Rahman Ustaz Hazman bin Che Mohamed dan barisan kakitangan Masjid. Majlis diakhiri dengan gimik  pelancaran tabung dana pembangunan Masjid Ar-Rahman oleh Datuk Seri Utama Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin. Majlis berakhir jam 9.30 malam dengan jamuan makan untuk tetamu khas dan jemaah.

YBNA2 YBNA3
YBNA4 YBNA5
YBNA6 YBNA7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Ar-Rahman
Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel