05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Menghadapi Cabaran Hidup Di Zaman Fitnah

Patin1

21 Januari 2017 (Sabtu) - Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah dimeriahkan dengan jamuan makan malam bermenukan ikan patin tempoyak dan sambal hitam bersempena Ceramah Khas Bulanan bertajuk “Menghadapi Cabaran Hidup Di Zaman Fitnah” yang telah disampaikan oleh Al-Faadhil Ustaz Dato’ Badli Shah Bin Alauddin.

Majlis bertemakan “Malam Negeri Pahang” yang berlangsung selama 3 jam ini, dijayakan secara bersama oleh anak-anak Pahang yang menetap di Bukit Damansara. Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara bermula pada jam 7.50 malam dan seterusnya penyampaian ceramah oleh penceramah jemputan.

Pengisian intipati ceramah pada malam tersebut menyimpulkan bahawa keseriusan dalam mempertingkatkan amal ibadah adalah perkara yang sangat perlu  diistiqamahkan sepanjang baki kehidupan kita di fasa akhir zaman ini. Pelbagai panduan yang berlandaskan Al-Quran & Hadith Rasulullah S.A.W untuk dijadikan amalan atau senjata utama dalam menghadapi zaman fitnah ini juga dijelaskan secara terperinci oleh penceramah jemputan pada malam tersebut.

Kehadiran tetamu telah direkodkan melebihi 300 orang terdiri daripada VVIP serta orang awam. Kesemuanya masing-masing melahirkan rasa gembira dan sangat berpuas hati dengan penyampaian intipati-intipati penting ceramah khas yang telah dijayakan dengan sempurna.

Patin2 Patin3
Patin4 Patin5
Patin6 Patin7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Masjid Pusat Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel