05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Ke Raudhatul Sakinah KL-KARAK

DBKK IMG 2505

20 Januari 2017 (Jumaat)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima Lawatan Kerja Dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Ke Raudhatul Sakinah KL-KARAK bertempat di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah KL-KARAK, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Lawatan ini diadakan bertujuan bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan Raudhatul Sakinah serta mempelajari sistem-sistem yang digunakan dalam menaiktaraf tanah perkuburan ini. Selain itu, dapat berkongsi pengalaman dan amalan terbaik sistem penyampaian perkhidmatan JAWI dalam aspek pengurusan tanah perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di samping melawat ke tanah perkuburan ini.

Dengan ini dapat memberikan pengalaman berguna dan mencetuskan idea bagi memantapkan lagi pengurusan Taman-Taman Perkuburan Islam di Kota Kinabalu, termasuk dari segi susun atur tapak perkuburan, landskap atau tanaman yang bersesuaian dan penjagaan kebersihan taman.

Seramai tujuh orang ahli delegasi BDKK telah hadir yang terdiri daripada pegawai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) dan pegawai dari Pejabat Mufti Negeri Sabah yang diketuai oleh YBrs. Tuan Mas Farisan Bin Salleh, Pengarah Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi DBKK.

Turut hadir, YBrs. Encik Azhar Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah , Bahagian Khidmat Pengurusan, Cawangan Pentadbiran, JAWI.

DBKK IMG 2441 DBKK IMG 2450
DBKK IMG 2458 DBKK IMG 2464
DBKK IMG 2466 DBKK IMG 2484
DBKK IMG 2488 DBKK IMG 2492

Foto dan teks:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel