05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Karnival Keluarga Rahmah Tahun 2017

Ikram IMG 2531

21 Januari 2017 (Ahad) – Wanita Ikram Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Cawangan Pembangunan Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Karnival Keluarga Rahmah Tahun 2017 bertempat di Dewan Jejantas, JAWI Kompleks Pusat Islam.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Turut melancarkan kempen hashtag #ProtectOurFamily dan #KeluargaRahmah oleh Prof. Dr. Shahrim Ahmad Yang DiPertua dan Puan Susilawati Hamzah, Ketua Wanita Ikram Wilayah Persekutuan dengan tayangan montaj Karnival Keluarga Rahmah & Mothers Against Pornography.

Majlis turut diadakan Forum bertajuk ‘Keluarga Rahmah Rakyat Sejahtera’ dipanelkan oleh Dr. Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (MURSHID), Encik K.Jussly Elias (Ketua Jabatan Perlaksanaan Jangkauan – SKMM) dan Encik Adnan Omar (Kaunselor SMI Hidayah) serta Puan Susilawati Hamzah selaku Moderator.

Persembahan penutup diserikan dengan persembahan nyanyian nasyid daripada anak-anak Al-Amin.

Ikram IMG 2515 Ikram IMG 2517
Ikram IMG 2546 Ikram IMG 2522
Ikram IMG 2551 Ikram IMG 2557
Ikram IMG 2588 Ikram IMG 2621

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel