05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Huffaz Sekitar Wilayah Persekutuan Sertai Majlis Saringan Hafazan al-Quran 1438H/2017M

 
saringan383

19 Januari 2017 | 20 Rabiulakhir 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Majlis Saringan Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1438H/2017M bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Majlis saringan yang diadakan selama 2 hari bermula 17 Januari 2017 sehingga 18 Januari 2017 itu bermula seawal jam 9.00 pagi dan telah disertai oleh seramai 73 orang huffaz al-Quran dari sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak tiga (3) kategori dipertandingkan iaitu kategori 1-10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk. Mereka yang berjaya akan layak untuk menyertai Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1438H.

 

Majlis saringan hafazan kali ini telah diadili oleh Ustaz Othman bin Muda dan Ustaz Zaki bin Abdul Rahman dari Darul Quran, JAKIM, Ustaz Mohammad Ashraf bin Ibrahim  dari Bahagian Penguatkuasaan JAWI dan Ustaz Ahmad Mujahid dari Maahad Tahfiz Darul Furqan, Padang Balang, Sentul. Majlis Tilawah & Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1438H/2017M akan diadakan pada 21-23 Februari 2017 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tahun 1438H/2017M.


saringan38 saringan381
saringan382 saringan385
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel