05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program 'Jejak Pesara' Menggamit Kenangan

 
jejakpesara3

17 Januari 2017 | 18 Rabiulakhir 1438H (Selasa) – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam buat julung kalinya telah mengadakan Program Jejak Pesara JAWI pada 17 Januari 2017. Program ini bertujuan untuk menjejaki serta mengambil cakna keadaan dan perkembangan terkini penjawat awam di JAWI yang telah bersara. Di samping merapatkan lagi ukhuwah di antara Jabatan dengan pesara, ianya juga adalah sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial Jabatan dalam menyantuni golongan pesara yang telah menabur bakti di JAWI sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Seramai 26 orang pegawai JAWI dari pelbagai bahagian telah menyertai program kali ini  diketuai oleh Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, diiringi oleh Tuan Haji Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah. Untuk Siri 1 ini, antara pesara yang telah berjaya dijejaki adalah Ustazah Zainab binti Othman, Ustaz Muhd Nor bin Kassim, dan Puan Saniah binti Yaakob. Diharapkan mereka diberikan Allah SWT usia dan kesihatan yang berpanjangan.

Semoga usaha murni menjejaki bekas penjawat awam yang bersara di JAWI ini menjadi wasilah yang membolehkan pihak Jabatan dan pesara-pesara ini sentiasa berhubung sekaligus membuatkan mereka ini tidak merasa terpinggir dan tersisih daripada rakan-rakan yang masih lagi berkhidmat.


jejakpesara1 jejakpesara2
jejakpesara4 jejakpesara5
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel