05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Air Mata Rohingya Di Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri

AMR1

12 Januari 2017M / 13 Rabiul Akhir 1438H (Khamis) – Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah mengadakan Ceramah Khas Air Mata Rohingya bertempat di Dewan Solat Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Program bermula pada jam 5.30 petang dimulakan dengan lawatan ke perkampungan Rohingya di Kampung Pandan kemudian disusuli Solat Maghrib berjemaah, dan Ceramah “Air Mata Rohingya” yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Azmi bin Abdul Hamid Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Pada ceramah tersebut,beliau menceritakan tentang penderitaan penduduk Islam Rohingya yang saban hari diseksa oleh pihak tentera Myanmar.Di samping itu beliau juga mengumumkan satu misi kemanusiaan (FLOTILA) yang diketuai MAPIM dan Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) belayar ke Arakan,Myanmar pada 3 Februari  2017. Seramai 400 orang Jemaah hadir.Majlis berakhir dengan penyampaian bantuan kepada 100 orang pelarian Rohingya yang tinggal di sekitar Masjid Al Imam Ash-Shafie.

Hadir sama pada  Y.Bhg Tuan Haji Mohamad Nor Bin Ibrahim,Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Imam Ash-Shafie,barisan Jawatankuasa, Pegawai Masjid Al-Imam Ash-Shafie dan juga Jawatankuasa MAPIM.

AMR2 AMR3
AMR4 AMR5
AMR6 AMR7
   
   

Disediakan Oleh:

Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel