05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Ke Tapak Pembangunan MAIWP Di Masjid Jamek An-Nur

DSC03016

 

23 Disember 2016 (Jumaat) – Bahagian Pembangunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak pembangunan MAIWP di Masjid Jamek An-Nur pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di beberapa lokasi yang akan dibaikpulih oleh pihak MAIWP.

Antara tujuan lawatan diadakan adalah bagi mengenalpasti beberapa bahagian Masjid Jamek An-Nur yang telah dirancang untuk dibaikpulih oleh pihak MAIWP. Di samping itu ia turut melibatkan beberapa perbincangan berkenaan pembangunan masa depan masjid.

Lawatan kerja ke tapak tersebut telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah (Kanan) JAWI Labuan, beberapa orang wakil dari MAIWP ibu pejabat ( bahagian pembangunan), wakil MAIWP cawangan Labuan dan juga pegawai Masjid Jamek An-Nur.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah wakil dari konsultan yang dilantik oleh pihak MAIWP bagi menguruskan segala kerja berkaitan baikpulih Masjid Jamek An-Nur yang telah diluluskan peruntukan oleh pihak MAIWP.

Semoga dengan lawatan kerja ini akan memberikan suatu langkah yang positif ke arah membangunkan institusi masjid oleh pihak MAIWP dan JAWI.

DSC03033DSC03015  
DSC03028DSC03027  
   


Disediakan oleh
Masjid Jamek Annur,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 


Cetak   Emel