05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Jengah Pesakit di Wad 18 HKL

 
ziarahhkl21dis161

23 Disember 2016 | 23 Rabiulawal 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Ziarah Dakwah bil Hal dengan membuat lawatan ke Wad 18 (Wad Perubatan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 21 Disember 2016. Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah telah membuat lawatan ke Wad 18 diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, Ustazah Salasia binti Isdal. Bahagian Pengurusan Dakwah menerusi Unit Kebajikan Islam komited melaksanakan Ziarah Dakwah bil Hal ini setiap bulan bertujuan untuk merapatkan ukhwah dalam menjalankan Dakwah bil Hal bukan sahaja kepada pesakit malahan juga kepada kakitangan yang bertugas di hospital.

 

 

Rombongan lawatan bermula pada jam 10.00 pagi turut menyampaikan sedikit sumbangan di samping memberi khidmat nasihat kepada seramai lebih kurang 50 orang pesakit di wad berkenaan. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar aktiviti Ziarah Dakwah bil Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu para pesakit di hospital ini memahami kaedah beribadat yang tepat bagi pesakit di samping turut memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.


ziarahhkl21dis163 ziarahhkl21dis162
ziarahhkl21dis164 ziarahhkl21dis16
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel