05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Pelajar Asnaf Masjid Zon 3 Wilayah Persekutuan

BSMS1

22 Disember 2016M/ 22 Rabiul Awwal 1438H (Khamis) – Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI dengan kerjasama Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy Bank Islam telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Pelajar Asnaf Zon 3 bertempat di Dewan Perkasa  Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur. 

Program ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dimulai dengan bacaan doa oleh YBhg Ustaz Ahmad Rosidi bin Mohmad ( Naqib Masjid Asy-Syakirin KLCC ). Seramai 100 orang pelajar di kalangan asnaf dari sekitar masjid-masjid di bawah Pentadbiran Zon 3. Sumbangan ini disampaikan oleh YBhg Ustaz Mohd Nazri bin Chik (Pengerusi Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy Bank Islam).

Hadir sama dalam program ini Tuan Hj Mohamad Nor bin Ibrahim Pengerusi  Masjid Al-Imam Ash-Shafie, barisan Jawatankuasa Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri serta pegawai dan kakitangan Zon 3 JAWI.

 

BSMS2 BSMS3
BSMS4 BSMS5
BSMS6 BSMS7
   
   

Disediakan Oleh:

Pusat Pentadbiran Masjid Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel