05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PENUTUP LATIHAN SPPIM 2016; LATIHAN MODUL NIKAH, CERAI DAN RUJU’ (NCR) SIRI 2

5-6 Disember 2016 (Isnin-Selasa), rentetan Latihan NCR Siri 1 di Best Western Hotel, Shah Alam, Selangor pada 23-24 November 2016, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), JAWI telah mengadakan Latihan Siri 2 di De Palma Hotel, Shah Alam, Selangor.

Latihan tersebut dihadiri oleh 28 orang peserta terdiri daripada Pegawai & Kakitangan BPPK, Unit ICT JAWI, JAWI Putrajaya, JAWI Labuan dan JAKIM.

Latihan ini merupakan penutup bagi semua latihan SPPIM sesi 2016 sebelum ia digunapakai sepenuhnya oleh JAWI Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Januari 2017.

Majlis penutup dirasmikan oleh Ustaz Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah, BPPK, JAWI dengan penyampaian banner dan bunting kepada Ustazah Nazihan binti Idris mewakili JAWI Kuala Lumpur, Ustaz Hasli bin Othman mewakili JAWI Putrajaya dan Ustazah Huzaimah binti Khalid mewakili JAWI Labuan. Manakala penyerahan banner dan bunting kepada pusat-pusat zon, akan diberikan melalui satu majlis khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Latihan selama dua hari satu malam tersebut diharap dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada peserta yang terlibat. Perbincangan di peringkat Jabatan masih perlu dilakukan bagi membincangkan isu pelaksanaan dan persediaan menghadapai hari pertama penggunaannya kelak. 

   
   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 


Cetak   Emel