05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW. Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1438H/2016M

MR16 MaulidurRasul 01

16 Disember 2016 (Jumaat)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW. Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1438H/2016M bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Dewan Muktamar, JAWI, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Antara pengisian program sepanjang majlis tersebut berlangsung ialah Motivasi Khas Maulidur Rasul SAW. yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Shaari Bin Ab. Rahman (Principal Trainer, Ibrah Paradigma Training & Consultancy) bertajuk ‘Ibrah Perjuangan Rasulullah SAW. Menyatukan Ummah’, Persembahan Khas Berzanji & Marhaban daripada Kumpulan Shoutul Jundiy (Johan Pertandingan Berzanji Dan Marhaban Sempena Semarak Maal Hijrah 1438H Peringkat Wilayah Persekutuan), serta pengumuman dan penyampaian Anugerah-anugerah Khas Maulidur Rasul SAW.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Antara penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul SAW. bagi kategori Anugerah Khas Bilal diterima oleh Ustaz Mohamad Suhaimi Bin Awang Musa (Bilal Rathib Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan), Kategori Anugerah Khas Jururawat, Jamaliah Binti Kario, Anugerah Khas Bomba, Khirudin Bin Drahman @ Husaini. Anugerah Khas OKU Cemerlang, Marzuki Ong Bin Haji Maliki Ong dan Anugerah Khas Sukarelawan, Mohamad Raffi’e Bin Jaafar.

Turut Hadir, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM, YBhg. Datuk Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dan YBhg. Tuan Haji Yaakob Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.

MR16 IMG 1592 MR16 IMG 1584
MR16 IMG 1608 MR16 IMG 1634
MR16 MaulidurRasul 03 MR16 IMG 1709
MR16 MaulidurRasul 06 MR16 MaulidurRasul 02

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel