05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 1438H/2016M

 

1

12 Rabiulawal 1438H / 12 Disember 2016M (Isnin) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah melaksanakan dengan jayanya Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438H/2016M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Cuma pada kali ini, agak berbeza jika hendak dibandingkan dengan sambutan pada tahun – tahun yang lalu. Namun apa yang pasti ianya tetap disambut meriah.

     Buat pertama kalinya, perarakan pada tahun ini telah bermula dan berakhir di Perkarangan Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan. Jarak perarakan adalah sepanjang 3 kilometer. Seperti yang kita sedia maklum, sambutan Maulidur Rasul merupakan penghormatan dan salah satu cara untuk menzahirkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah selain menjadikan peribadi  Baginda S.A.W. sebagai contoh ikutan yang terbaik.  Sambutan ini juga, mengajar umat Islam kepada erti perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W., perjuangan Ilahi yang hakiki, dan kecintaan kepada kehidupan ukhrawi yang kekal abadi.

            Sebanyak 54 buah kontinjen yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, sektor swasta & NGO, kampung – kampung, sekolah menengah, sekolah rendah/SRAI dan pasukan beruniform berkumpul dalam memeriahkan perarakan dengan membawa sepanduk masing – masing yang bertemakan “ Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”.

            Program ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Mohamad Salihin bin Hamden dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan dan ucapan perasmian disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen Labuan Merangkap Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau seterusnya telah menyempurnakan upacara pelepasan kontinjen dengan didahului oleh kontinjen yang terdiri daripada tetamu-tetamu kenamaan, ketua – ketua jabatan dan ketua - ketua masyarakat setempat.

           Turut sama hadir bagi memeriahkan sambutan adalah Yang Berbahagia Tuan Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Pengerusi Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 1438H/2016M, Yang Berbahagia Datuk Haji Bashir bin Haji Alias, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Yang Berbahagia Kolonel Mohd Nor Rasid bin Samingon TUDM, Ketua Staf Markas Wilayah Udara II, Yang Berbahagia Dato’ Sri Alias bin Ab. Rahman, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu dan Yang Berusaha Tuan Haji Sabarudin bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 1438H/2016M. Dianggarkan hampir 3500 orang hadir meraikan majlis tersebut .

            Majlis ini turut diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Al Furqan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Labuan.Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul  1438H/2016M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan ini, 1 orang tokoh telah dipilih untuk menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul iaitu Tuan Haji Annuar Tan @ Peter Tan William. Beliau telah menerima hadiah berjumlah RM 1,000.00, plak dan sijil penghargaan. Pemilihan tokoh pada kali ini dibuat berdasarkan kepada jasa dan bakti individu dalam kemasyarakatan dan aktiviti sukarela berkaitan Islam.

            Acara kemuncak sambutan ini ialah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan sepanduk dan perbarisan. Johan bagi pertandingan kategori sepanduk & perarakan masing- masing memperoleh wang tunai RM 800.00 dan sijil penghargaan. Naib Johan bagi kategori sepanduk & perarakan pula memperoleh wang tunai RM 600.00 dan sijil penghargaan dan tempat ketiga bagi kategori sepanduk & perarakan memperoleh RM 500.00 dan sijil penghargaan.   

                                                     

2  4
3  3
 6  5
 4  3

   

Foto dan Teks Disediakan Oleh:

Cawangan Dakwah,

JAWI Labuan.


Cetak   Emel