05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MEMPERKASA TIANG AGAMA DI SENTUL PASAR

WhatsApp Image 2016-12-07 at 3.34.08 PM

5-8 Dis 2016 (Isnin-Khamis)– Pada musim cuti persekolahan ini Masjid Al-Hidayah telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kem Smart Solat 2016  bertempat di Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar Kuala Lumpur.

Kem yang diadakan selama 4 hari ini telah menarik minat seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak kariah sekitar Masjid Al-Hidayah. Antara perkara yang diterapkan sepanjang program Kem Smart Solat ini seperti Tahsin Ibadah, Tanggungjawab sebagai anak dan Menjauhi perkara-perkara yang negatif yang boleh merosakkan masa depan seperti penyalahan penggunaan dadah, gejala rempit dan lain-lain.

Program ini bermatlamat melahirkan modal insan yang bakal  mewarisi Negara dan menjadi pemimpin yang berwibawa  pada masa akan datang.

WhatsApp Image 2016-12-07 at 3.34.09 PM WhatsApp Image 2016-12-07 at 3.34.10 PM
WhatsApp Image 2016-12-09 at 10.01.26 AM WhatsApp Image 2016-12-09 at 10.01.28 AM
   
   
   

 

Teks dan Foto Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
Bahagian Pengurusan Masjid
JAWI

 


Cetak   Emel