05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Halatuju Pengurusan dan Pentadbiran Masjid/ Surau Jumaat peringkat Wilayah Persekutuan 2016

HPM1

06 Disember 2016| 06 Rabiul Awwal1438H (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Latihan, Cawangan Pengimarahan Dan Latihan,Bahagian Pengurusan Masjid telah menganjurkan Seminar Halatuju Pengurusan dan Pentadbiran Masjid/ Surau Jumaat peringkat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2016 bertempat di Dewan Sebaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Seminar tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada para Jawatankuasa Masjid dan Surau Jumaat berkaitan pengurusan dan pentadbiran masjid dan surau Jumaat terutama dari aspek pengurusan kewangan. Penceramah pertama yang telah dijemput khas bagi memenuhi pengisian seminar tersebut ialah Encik Abu Bakar Bin Uzair, Juruaudit Adib & Co yang membicarakan tajuk:“Pengurusan Kewangan Masjid & Surau, dimana silapnya”. Manakala Penceramah kedua ialah Tuan Haji Celemans Bin Haji Kasim, Timbalan Pengarah Operasi (Siasatan), Bahagian Operasi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang membicarakan tajuk: “Akauntabiliti Dalam Urus Tadbir Kewangan”.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam  Wilayah Persekutuan.Beliau turut menyampaikan buku Profil Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada wakil-wakil Pusat-Pusat Pentadbiran Zon. Turut hadir pada seminar tersebut Ybrs. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid. Seminar tersebut telah disertai oleh seramai 280 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi,Setiusaha dan Bendahari Jawatankuasa Masjid/ Surau Jumaat, pegawai-pegawai dan kakitangan  Bahagian Pengurusan Masjid.

HPM2 HPM3
HPM4 HPM5
HPM6 HPM7
   
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel