05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kem Kembara Iman & Ibadah 2016

SyimKKI1

2 hingga 4 Disember 2016 (Jumaat hingga Ahad) - Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar Kuala Lumpur dengan kerjasama Qminds Training & Consultancy telah berjaya menganjurkan Kem Kembara Iman & Ibadah 2016. Kem tersebut disertai seramai 110 orang peserta yang berumur di antara 7 hingga 17 tahun. Program tersebut telah diadakan selama 3 hari 2 malam  dengan pengisian ilmu yang bermanfaat dan juga slot-slot yang sangat menarik.

Di antara penceramah khas yang dijemput ialah Brother Lim Jooi Sun seorang Muallaf yang sedang aktif berdakwah dan juga tazkirah Subuh oleh Ybhg Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar bekas Ketua Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar yang kini sedang berkhidmat di Jabatan Agama Islam Perlis sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid di Negeri Perlis.

Pada hari terakhir program, Slot “ Anak Kunci Syurga “ berjaya menyentuh jiwa peserta dan ibubapa. Diharapkan agar program-program sebegini mampu menjadikan generasi yang akan datang menjadi insan-insan yang soleh dan soleh dan menjadi MUKMIN yang DiCintai dan DiRedhai oleh ALLAH SWT.

SyimKKI2 SyimKKI3
SyimKKI4 SyimKKI5
 SyimKKI6  SyimKKI7
   
   

Disediakan Oleh:
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

uploaded by: 5UF14N

 


Cetak   Emel