05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Pemantapan Modul Runding Cara Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) - Terapi Solat

1
 17 November 2016 / 17 Safar 1438H (Khamis), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Kuala Lumpur telah mengadakan Kelas Pemantapan Modul Runding Cara Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) melalui terapi bertempat di Dewan Hadhari, JAWI. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang baik daripada peserta-peserta yang telah dijemput. Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada pegawai runding cara di BPPK dan fasilitator Pusat Khidmat Komuniti, Sosial, dan Keluarga (PKKSK).

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada kepada kakitangan BPPK tentang ilmu kaunseling syarie yang bukan sahaja mempunyai kemahiran mengendalikan sesi rundingcara keluarga malah mengetahui cara-cara merawat klien melalui terapi secara kerohanian iaitu terapi ruqyah. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk mempertingkatkan kemahiran kerohanian runding cara kepada kakitangan BPPK dan fasilitator PKKSK yang terlibat dalam mengendalikan sesi runding cara.

Perkongsian ilmu berkaitan runding cara syarie melalui terapi ruqyah ini telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim bin Zakaria, Pensyarah/Pengamal Perubatan Islam. Dalam kelas terapi ruqyah ini, Ustaz Abdul Halim telah memberi penerangan berkenaan teknik-teknik mengenal klien yang mempunyai masalah jiwa,stress dan seterusnya membawa kepada gangguan jiwa. Pemulihan jiwa perlu dilakukan dengan cara terapi hati dan berzikir Ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Zakaria ini sangat bermanfaat dan sesuai dipraktikkan oleh pegawai runding cara serta fasilitator PKKSK.

Pihak penganjur berharap agar pelaksanaan program ini memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan akan mendapat sambutan yang menggalakkan pada siri program yang akan datang.

2  3
 4  5

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel