05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Masyarakat Islam Kemboja Tahap 1 (Bil.2/2016)

1
 21 – 29 November 2016 / 21 – 29 Safar 1438 H (Isnin – Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengadakan Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Masyarakat Islam Kemboja Tahap 1 (Bil.2/2016). Kursus ini merupakan program jangka panjang JAWI melalui BPPK bersama masyarakat Islam Kemboja untuk membantu masyarakat Islam di Kemboja membina sistem pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam yang teratur di negara Kemboja.

Seramai 8 orang delegasi dari Kemboja yang bertugas di Pejabat Mufti Kemboja dan Imam-Imam masjid negeri dan daerah telah menghadiri kursus pada kali ini. Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim telah merasmikan majlis pembukaan menyambut ahli delegasi dari Kemboja sebelum kursus bermula.

Objektif kursus pada kali ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta kursus tentang struktur organisasi dan sistem pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ Orang Islam di Wilayah Persekutuan serta membimbing peserta kursus menyediakan borang-borang dan rekod berkaitan untuk dilaksanakan dalam pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ masyarakat Islam di Kemboja nanti.

Delegasi dari Kemboja telah tiba di Malaysia pada 21 November 2016 dan memulakan kursus pada 22 November 2016 sehingga 29 November 2016. Mereka telah menjalani latihan praktikal di setiap cawangan di BPPK. Antara latihan yang dijalani adalah latihan pengurusan di cawangan nikah, cerai dan ruju’ dan cawangan runding cara.

Mereka juga diberi peluang melawat ke Pusat-Pusat Kursus Praperkahwinan bawah seliaan JAWI, Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) di UTC Pudu dan Keramat serta Anjung Khidmat Keluarga JAWI (Akuaja) di Masjid Usamah bin Zaid. Selain itu, ahli delegasi juga membuat lawatan ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mendapat pengalaman mendengar sesi perbicaraan di Mahkamah Syariah. Antara lawatan yang sangat bermakna dalam kursus pada kali ini ialah, ahli delegasi telah dibawa ke Kompleks Islam Putrajaya untuk mengadakan kunjung hormat ke pejabat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Mereka sangat berbesar hati atas kesudian yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha menerima kehadiran mereka dan berkongsi pengalaman sepanjang berkursus.

Para peserta sangat berpuas hati dengan kursus yang dihadiri dan berharap agar mereka dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari untuk penambahbaikan pengurusan pentadbiran di Kemboja terutamanya berkaitan pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’.

2 3
 4  5
 6  7

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel