05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 6/2016

1

29 November 2016 / 29 Safar 1438H (Selasa)– Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)  telah mengadakan Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 6/2016 bertempat di Dewan Syura Wawasan, Aras 2, Kompleks Pusat Islam, JAWI. Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 ini disertai oleh 20 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Wilayah Persekutuan, kakitangan BPPK dan juga pegawai-pegawai di bahagian-bahagian JAWI.

 

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta 303 bagi Siri 6/2016 ini telah disampaikan oleh YAA Prof. Adjung Dato’ Dr. Na’im bin Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor. Kelas pada siri terakhir pada tahun 2016 ini memfokuskan kepada seksyen 32, 33 dan 34, 35, 36, dan 37 Akta 303. Kelas pada siri ini membincangkan tentang pendaftaran perkahwinan yang tidak diakui di sisi undang- undang tidak boleh dilakukan oleh manamana Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam. Sekiranya kterdapat mana-mana orang yang melanggar perutukan tersebut maka boleh di kenakan hukuman denda, penjara atau kedua-duanya sekali. YAA Dato’ Dr juga menerangkan bahawa mana-mana perkahwinan yang berlaku sebelum berkuatkuasa Akta 303 hendaklah dianggap seperti telah didaftarkan dan ianya di namakan sebagai pendaftaran suka rela perkahwinan orang Islam. 

             

YAA Dato’ Dr juga menjawab kemusykilan yang timbul dalam kalangan pegawai dan kakitangan BPPK berkaitan isu-isu perkahwinan, perceraian, dan ruju’ yang berlaku semasa menjalankan tugas.

 

Kelas ini memberi banyak ilmu dan manfaat dari sudut pelaksanaan 4P yang akan dibuat tidak lama lagi di Wilayah Persekutuan seterusnya memberi pencerahan tentang proses 4P ini kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Nikah,Cerai dan Ruju’, kakitangan BPPK, pegawai-pegawai di JAWI, dan pensyarah-pensyarah serta pelajar dari Fakulti Undang-Undang, Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

2  3
 4  5

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel