05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

CKSB Anjur Kursus Tadbir Urus Saudara Baru Bersama NGO

 
tadbirurus1

 

29 November 2016 | 29 Safar 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru (CKSB), Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Tadbir Urus Saudara Baru pada 26 – 27 November 2016 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kursus selama dua (2) hari ini telah disertai oleh seramai 35 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEINS), Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Objektif kursus ini adalah untuk mengemaskini dan menambahbaik tadbir urus melibatkan saudara baru di negara ini. Beberapa orang penceramah telah dijemput khas bagi memenuhi pengisian bengkel pada kali ini antaranya ialah Y.A Tuan Ibrahim bin Deris, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Tuan Sakaria Samela, Ketua Pendakwa Syari’e Negeri Sabah, Tuan Syahrizal Shah Zakaria, Pegawai Undang-Undang Kanan di Jabatan Peguam Negara dan Tuan Shah Kirit Kakulal Govindji, Pengerusi Unity Global Network yang juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Hari kedua kursus telah diselitkan dengan Sesi Dialog bersama NGO disertai oleh Tuan Hj. Nicholas Sylvester dari Hidayah Centre, Tuan Shah Kirit Kakulal Govindji, Unity Global Network dan Encik Zahedi bin Md. Noordin dari Amaniah Muallaf Care Centre dengan Dr. Siti Zubaidah binti Ismail, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Undang-Undang Universiti Malaya bertindak sebagai Moderator. Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. 

 

 

 tadbirurus tadbirurus3
   
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel