05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KFI Anjur Bengkel Semakan Modul Pembangunan Kelas Pengajian Islam di Jabatan/Agensi Kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 
bengkelmodul8

 

 

30 November 2016 | 30 Safar 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kefahaman Islam (KFI), Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Bengkel Semakan Modul Pembangunan Kelas Pengajian Islam di Jabatan/Agensi Kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi Tahun 2016. Bengkel yang diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 28 – 29 November 2016 bertempat di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Bengkel ini adalah antara lain bertujuan untuk mengemaskini dan menyeragamkan modul kelas pengajian Islam melibatkan semua bidang antaranya Aqidah, Fiqh Ibadah, Akhlak dan Al-Quran bagi kegunaan mad’u sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini memandangkan belum ada lagi modul seumpamanya diwujudkan sebelum ini sekaligus menjadi garis panduan bagi menganjurkan sebarang bentuk kelas pengajian Islam di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar Modul Pembangunan Kelas Pengajian Islam yang dibangunkan ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat dan dapat mengelakkan dari timbulnya lagi program yang bertentangan dengan hukum syarak dan menyalahi perkara-perkara berkaitan akidah Ahli Sunnah wal-Jamah yang mengamalkan mazhab Syafi’e di Malaysia sebagai contoh penganjuran program ‘I Want To Touch a Dog’ yang telah menimbulkan pelbagai persepsi salah bukan sahaja di kalangan masyarakat bukan Islam malahan di kalangan masyarakat Islam sendiri. Seramai 20 orang kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah telah menyertai bengkel tersebut yang dirasmikan oleh YBhg. Tn. Hj. Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah.

 bengkelmodul1 bengkelmodul6
bengkelmodul5  bengkelmodul9
 bengkelmodul9  bengkelmodul10


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel