05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:17
Zohor
16:43
Asar
19:26
Maghrib
20:42
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Latihan SPPIM Modul Nikah, Cerai Dan Ruju’ (NCR) Siri Pertama

5

 

23-24 November 2016 (Rabu-Khamis),Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Latihan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) bagi Modul Nikah, Cerai dan Ruju’ (NCR) Siri.1 di Best Western Hotel, I-City, Shah Alam, Selangor.

Latihan tersebut dihadiri 26 orang peserta terdiri daripada Pegawai & Kakitangan BPPK, Unit ICT JAWI, JAWI Putrajaya dan JAKIM.

Latihan ini bertujuan memberi pendedahan & latihan awal kepada peserta berkaitan Modul NCR yang mana melibatkan urusan pendaftaran dan back log data pernikahan, perceraian dan ruju’ orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan. Modul tersebut dijangka akan digunapakai sepenuhnya oleh JAWI Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Januari 2017.

Latihan selama dua hari satu malam ini juga turut dihadiri oleh Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), BPPK, JAWI. Dalam ucapan aluan, beliau amat berharap agar setiap peserta yang terlibat dapat memahami dan mempelajari prosedur NCR ini sebaik mungkin kerana ia bukan hanya melibatkan urusan harian pegawai dan kakitangan di kaunter malah ia juga melibatkan kepuasan hati pelanggan yang hadir ke BPPK.

 
1   2
 3  4

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel