05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI & PRISMA Berpadu Tenaga Anjur Ceramah Penghayatan Islam Untuk OKU Cacat Pendengaran di Masjid Amru al-Asr, Bandar Baru Sentul

 
penghayatanoku1

 

29 November 2016 | 29 Safar 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) KL dan Masjid Amru Al-Asr Bandar Baru Sentul telah menganjurkan Ceramah Penghayatan Islam untuk OKU Cacat Pendengaran (Pekak) pada 27 November 2016 bersamaan hari Ahad bertempat di Masjid Amru Al-Asr, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Ceramah telah disampaikan oleh Bro Abdelmonem Al Sultan dan disertai oleh seramai 130 orang OKU Cacat Pendengaran. Bro Abdelmonem Al Sultan berpengalaman menyampaikan ceramah kepada OKU Cacat Pendengaran hampir di setiap benua dan kini bertugas di Yayasan Advokasi untuk OKU Cacat Pendengaran di Arab Saudi. Ceramah yang disampaikan beliau telah dibantu oleh Us. Marzuki Ong bin Maliki Ong, Yang DiPertua PRISMA dan terjemahan oleh Us. Mohd Azhar bin Ismail, Timbalan Yang DiPertua PRISMA.

Ceramah bertajuk “Tiada Tuhan Selain Allah” telah mengambil masa selama lebih kurang dua (2) jam dan telah mendapat sambutan dan respon yang sangat menggalakkan daripada semua peserta. JAWI berharap kerjasama-kerjasama seumpama ini antara NGO dan pihak masjid dapat diteruskan demi maslahat umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan.

 penghayatanOKU penghayatanoku2
   
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel