05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Khatan Perdana 2016 Masjid At-Taqwa dan Zon 6

 

 taqwakhatan2

 
 

27 November 2016 (Ahad) – Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail dengan kerjasama Pejabat Pusat Zon 6 JAWI dan Poliklinik Nu Sentral Jalan Tun Sambathan Kuala Lumpur telah menganjurkan “Program Berkhatan Perdana 2016”.

           Program ini telah disambut baik oleh ahli kariah Masjid At-Taqwa dengan jumlah 32 orang peserta menyertai khatam beramai-ramai pada hari semalam. Turut dimeriahkan lagi dengan Majlis Perasmian dimana progarm ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Abi Musa Asa’ari Bin Mohamed Nor selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Kariah Masjid At-Taqwa (JIMAT).

          Para peserta khatan dibawa berarak di sekitar kariah Taman Tun Dr. Ismail sepanjang 3.5 kilometer dengan menaiki 5 buah pacuan 4 roda diiringi paluan kompang dan kereta Polis Trafik TTDI yang mengawal lalu lintas pada pagi semalam. Anggota Bomba TTDI juga turut memeriahkan program pada pagi semalam dengan membuat pancuran air kepada para peserta dengan tujuan memberi keseronokan kepada peserta agar tidak gemuruh atau takut untuk berkhatan.

      Program berkhatan ini dengan tujuan dapat menyedarkan masyarakat khususnya kanak-kanak tentang kebersihan fizikal dan membentuk keperibadian mulia dikalangan sesame manusia melalui pembersihan fizikal dan rohani seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi S.A.W.

            Turut hadir Ketua Imam Masjid At-Taqwa iaitu Ustaz Ahmad Saufi bin Mustaffa dan seluruh Ahli Jawatankuasa Induk Masjid At-Taqwa (JIMAT), tidak ketinggalan Ibu Bapa para peserta yang hadir diberi pemeriksaan kesihatan percuma kepada mereka.

 
     
taqwakhatan3  taqwakhatan  taqwakhatan4
 
   taqwakhatan7  

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel