05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyediaan SOP/ Manual Pelaksanaan Program Pemberian Makanan Kepada Komuniti Disayangi Dan Kedai Makan Asnaf 1Malaysia

sopasnaf7

 

21 November 2016 | 21 Safar 1438H - Bengkel Penyediaan SOP/Manual Pelaksanaan Program Pemberian Makanan Kepada Komuniti Disayangi dan Kedai Makan Asnaf 1Malaysia anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diadakan pada 17 dan 18 November 2016 bertempat di Dewan Latihan, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Objektif bengkel ini adalah antara lain bagi menghasilkan dokumentasi Pelaksanaan Prosedur Standard (SOP) yang sesuai untuk digunakapakai oleh pegawai dan urus setia yang bertugas dalam mengendalikan Program Pemberian Makanan Kepada Komuniti Disayangi dan Kedai Makan Asnaf 1Malaysia. Bengkel yang disertai oleh seramai 20 orang peserta ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, YBhg. Tuan Hj. Yusof bin Mamat. Para peserta telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan tiga (3) slot perbincangan dan satu (1) slot pembentangan.

Diharapkan bengkel ini dapat memudahkan pelaksanaan kedua-dua program mengikut prosedur yang ditetapkan dan manual tersebut dapat menjadi satu dokumen standard untuk rujukan pada masa akan datang.

sopasnaf4 sopasnaf9
 sopasnaf6  sopasnaf11
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel