05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Taklimat Penataran Instrumen Pentaksiran KSSR SIRAJ

Instrument IMG-20161124-WA0001 28129

21 November 2016 (Isnin) - Unit Peperiksaan & Penilaian, Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Taklimat Penataran Instrumen Pentaksiran KSSR SIRAJ.

Peserta yang hadir adalah terdiri daripada guru-guru SIRAJ seramai 72 orang. Penceramah yang di jemput adalah dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) iaitu Datin Hajah Maznah Binti Man, Penyelia Kanan Sains, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan En Muhammad Nishan Bin Baharu Penyelia Bahasa Inggeris (Primary), Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tajuk yang disampaikan adalah Pengenalan dan taklimat KSSR, Taklimat Instrumen KSSR serta Penataran subjek teras. Antara objektif kursus adalah bagi mendedahkan teknik pengurusan pentaksiran KSSR di kalangan guru-guru SIRAJ serta meningkatkan kemahiran dalam pembinaan item soalan.

Di samping itu, taklimat ini turut dapat memantapkan penguasaan guru untuk menjalankan proses pentaksiran dengan lebih berkesan dan memperkasakan guru-guru SIRAJ dalam pengurusan PBS dan seterusnya dapat menjadi fasilitator kepada guru-guru yang lain.

Instrument IMG-20161124-WA0002 28129

Disediakan oleh

Bahagian Pelajaran, JAWI

 


Cetak   Emel