05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:17
Zohor
16:43
Asar
19:26
Maghrib
20:42
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Kekeluargaan bertajuk Anak Tidak Sah Taraf 1 Penjelasan

1

 

24 November 2016 (Khamis) – Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Labuan telah mengadakan Seminar Kekeluargaan bertajuk Anak Tidak Sah Taraf 1 Penjelasan bertempat di Hotel Tiara Labuan.

            Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar NCR, penjawat awam dan NGO’s telah terpilih menghadiri seminar ini. Pengisian seminar ini diantaranya pendedahan mengenai status yang dikategori sebagai anak tidak sah taraf. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan kelahiran anak yang tidak mencukupi tempoh masa yang sewajarnya ketika dilahirkan wajar difahami sebaiknya oleh setiap umat Islam.  Dalam pandangan Islam, pernikahan merupakan ikatan yang amat suci. kursus ini serba sedikit telah memberi pendedahan dan cara yang berkesan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan nasab keturunan.

            Seminar ini telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Labuan. Seminar ini telah menampilkan penceramah jemputan iaitu Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Muhammad Al Bakri Mufti Wilayah Persekutuan dan Puan Basirah Binti Berkat Ali dari Jabatan Biro Bantuan Guaman Labuan. Antara objektif perlaksanaan seminar ini adalah :

           a)    Memberi penjelasan kepada peserta mengenai penentuan anak sah taraf dan mengenai prosedur pendaftaran anak tidak sah taraf.

b)    Meningkatkan tahap maklumat di kalangan masyarakat Islam.

c)    Memantapkan pemahaman prosedur di Mahkamah mengenai pengurusan  

       proses penentuan anak yang tidak sah taraf.

d)    Memberi pengetahuan mengenai perancangan pengurusan rumahtangga

       yang dituntut oleh Islam untuk memperoleh kesejahteraan dan rahmat dari Allah s.w.t.

e)    Memberi pendedahan kepada peserta berkaitan aspek yang perlu  

       ditekankan di dalam penyampaian isu-isu berkaitan.

Setinggi tinggi tahniah kepada semua peserta. Semoga dapat memberi sumbangan ilmu dan curahan pengalaman yang pastinya berguna bagi para peserta seminar.

 

2 3  
 45  
 67  
 89  
11 12  

 

Foto dan Teks oleh :

Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

JAWI Labuan


Cetak   Emel