05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:17
Zohor
16:43
Asar
19:26
Maghrib
20:42
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Santuni Anak-Anak Yatim Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat 1438H Anjuran Zon 4

Santuni DSC 0025

22 November 2016 (Selasa) – Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4 telah mengadakan satu Program Santuni Anak-Anak Yatim Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat 1438H, bertempat di perkarangan Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat, manakala lawatan sambil belajar ke Zoo Negara pada 18 November 2016 & 19 November 2016.

Antara pengisian dalam program ini ialah ceramah motivasi kepada semua anak yatim yang terlibat iaitu anak yatim dari kariah Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat, Rumah Bakti Hulu Kelang Selangor dan Rumah Shifa’ Setapak Kuala Lumpur. Ceramah telah disampaikan oleh Personaliti TV iaitu Al-Fadhil Us Hanafiah Bin Abd. Malek. Semua jumlah peserta terlibat adalah seramai 106 orang. Seterusnya majlis penyerahan bantuan kewangan kepada semua anak yatim bagi persediaan persekolahan pada tahun 2017 diakhiri dengan jamuan makan malam bersama-sama anak kariah Datuk Keramat.

Pada keesokan hari, semua peserta dibawa melawat ke Zoo Negara bagi meraikan semua anak yatim yang terlibat serta makan tengahari di KFC Setiawangsa, Kuala Lumpur. Satu kejutan kepada anak-anak yatim yang lahir pada bulan November ialah majlis sambutan hari lahir diadakan kepada seramai 7 orang anak yatim serta penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Pengerusi Masjid Al-Akram iaitu Tuan Haji Abdul Karim Bin Mat Asil.

Harapan agar program ini menjadi satu budaya yang berterusan supaya golongan ini tidak akan merasa kehilangan mahupun terasing serta dapat memberi pendedahan kepada masyarakat peri pentingnya meraikan anak-anak yatim.

Santuni DSC 0021 Santuni DSC 0038
Santuni DSC 0048 Santuni IMG-20161120-WA0015

Foto dan teks oleh:

Pusat Zon 4, JAWI


Cetak   Emel