05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan kerja Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK)

20-21 November 2016/ 20-21 Safar 1438H (Ahad-Isnin) - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) bagi bertukar-tukar pandangan berkaitan isu kekeluargaan selain menjalinkan hubungan yang erat antara pihak JAWI dengan JHEAIK.

Kedatangan delegasi dari JAWI yang diketuai oleh Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK disertai oleh Ketua Penolong Pengarah, BPPK Ustaz Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Penolong Pengarah Kanan, Ketua Cawangan Pembangunan Keluarga Islam Ustaz Zakaria bin Mohamed, Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan Keluarga Islam Ustaz Muhamad Fairudz bin Saderi dan Pembantu cawangan PKI Ustaz Mohd Rethwan bin Ahmad Tahril.

Delegasi ini disambut oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-Undang Keluarga JHEIAK Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamed dan pegawai-pegawai. Para delegasi telah diberi taklimat oleh Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohamed dan seterusnya dibawa melawat ke PKKSK induk Jajahan Kota Bharu jam 11.45 pagi kemudian ke Cawangan PKKSK Jajahan Bachok jam 2.00 petang. Pada keesokkan hari, para delegasi telah dibawa melawat Cawangan PKKSK Jajahan Tanah Merah jam 9.00 pagi dan berakhir di Cawangan PKKSK Jajahan Tumpat pada jam 12.00 tengah hari.

Terdapat banyak kebaikan yang diperolehi hasil daripada lawatan dan perbincangan ini yang akan dibawa pulang ke JAWI untuk penambahbaikan perkhidmatan PKKSK, JAWI. Diharapkan agar pertemuan ini akan berpanjangan dimasa akan datang.

 

   
   
   

 

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 


Cetak   Emel