05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:17
Zohor
16:43
Asar
19:26
Maghrib
20:42
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyediaan Tajuk Dan Sinopsis Teks Khutbah Jumaat JAWI Siri-3/2016

BSK31

22 Nov 2016 (Selasa) – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Tajuk dan Sinopsis Teks Khutbah Jumaat JAWI Siri 3/2016 bertempat di Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut merupakan program berkala yang dijalankan oleh Unit Khutbah, Cawangan Pengimarahan dan Latihan, Bahagian Pengurusan Masjid dengan melibatkan seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada Panel Penyemak Teks Khutbah JAWI dan Pegawai-Pegawai Masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Objektif bengkel tersebut ialah untuk menyediakan tajuk-tajuk beserta sinopsis teks khutbah Jumaat yang berkualiti, mantap serta menepati keadaan semasa masyarakat khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Melalui perkongsian idea dari kalangan peserta, bengkel tersebut telah berjaya membentuk sebanyak 25 tajuk-tajuk khutbah beserta sinopsis yang dapat membantu para penulis teks khutbah dalam menghasilkan teks khutbah yang berkualiti dan berinformasi.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ybrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI. 

 

BSK32 BSK33
BSK34 BSK35
 BSK36  BSK37
   
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

uploaded by: 5UF14N

 


Cetak   Emel