05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI & Darul Hidayah Raikan Saudara Baru Khatam Quran

khatamcksb3

18 November 2016 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran bersama-sama para pelajar kelas lanjutan di Darul Hidayah yang terdiri daripada saudara baru di sekitar Wilayah Persekutuan. Majlis yang dianjurkan pada 17 November 2016 itu telah disertai oleh seramai 27 orang pelajar telah turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Ustaz Abdul Halim bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah.

Bacaan doa selamat turut diselitkan di dalam aturcara majlis sebagai meraikan beberapa orang pelajar serta mubaligh Darul Hidayah yang akan menunaikan umrah tidak lama lagi. Semua pelajar, mubaligh dan para tetamu telah dihidangkan dengan jamuan di akhir majlis yang disumbangkan oleh YBhg. Dato’ Jamilah Chan bin Abdullah yang juga merupakan salah seorang pelajar di Darul Hidayah.

khatamcksb khatamcksb2
   
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel