05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Muslimah Amal Jamaei Retreat & Teambonding Leadership Program

 

 MAKH-Muslimah2

 

 
 

12 November 2016 | 12 Safar 1438H– Muslimah Al-Khadijiah, Masjid Jamek Al-Khadijiah Pantai Dalam telah mengadakan satu program khas iaitu Muslimah Amal Jamaei Retreat & Teambonding Leadership Program selama 2 hari 1 malam di Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak pada 12 & 13 November 2016 yang lalu.

Seramai 23 Ahli Jawatankuasa (AJK) Muslimah Al-Khadijiah yang terlibat sebagai peserta dan turut menerima Pentauliahan daripada YBhg. Datin Ruslina binti Ibrahim selaku Penaung Muslimah Al-Khadijiah, Masjid Jamek Al-Khadijiah Pantai Dalam (MJAK) sekaligus telah menobatkan seorang peserta sebagai Anugerah Muslimah Harapan.Program ini telah mendapat beberapa tajaan antaranya Yayasan Wilayah Persekutuan, Perkim & Jakel.

Pihak MJAK telah menjemput Perunding & Jurulatih Utama Akademi Latihan Profesional Islami Malaysia (ALPIM), Che’Gu Mahadi bin Ismaei’ly serta Fasilitator dari Muslimah Masjid Cahaya Iman, Rawang bagi memperkasakan lagi program ini. Selain membuat aktiviti-aktiviti lasak seperti Explorace dan Syndicate Group Management, peserta juga berpeluang melakukan solat subuh berjemaah di atas rumput yang berembun dan berbumbungkan langit dan disusuli dengan Subuh Power Talk yang di sampaikan oleh Naqib MJAK, Ustaz Mohd Shahril bin Abd. Samat.

 

Kesan daripada program ini pihak MJAK mengharapkan agar semua Muslimah Al-Khadijiah Pantai Dalam mendapat inspirasi motivasi yang tinggi dan menjadi Muslimah Haibah Harapan Ummah serta program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang. InsyaAllah.

 
     
MAKH-Muslimah  MAKH-Muslimah3  MAKH-Muslimah4
 
   MAKH-Muslimah5  

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel