05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kalam Qowwie @ Power Talk : Hijrah Vs Transformasi

 

 MAKH-KalamQowi2

 

 
 

10 November 2016 | 10 Safar 1438H(Khamis) – Masjid Jamek Al-Khadijiah (MJAK) Pantai dalam telah mengadakan satu program yang telah dijenama semula iaitu Kalam Qowwie @ Power Talk Malam Jumaat In D’Houze. 

Ini merupakan program yang julung-julung sekali dan telah menjemput seorang Panelis Che’Gu Mahadi Mohd Ismae’ly daripada Akademi Latihan Profesional Islami Malaysia (ALPIM). Masyarakat kariah Masjid Jamek Al-Khadijiah menyambut baik dan mengharapkan agar program ini diteruskan lagi.

Kalam Qowwie Malam Jumaat In D’houze ini akan diadakan sekali sebulan dan akan menampilkan penceramah-penceramah yang terkenal dan hebat dan bersesuaian dengan tajuk yang akan dibincangkan. Lebih 300 orang jemaah telah hadir ke Kalam Qowwie Malam Jumaat In D’houze ini dan mereka amat tertarik dengan perkongsian yang telah disampaikan oleh ahli panel yang telah berjaya menyentuh hati jemaah yang hadir.

Program ini ternyata berbekas di hati para Jemaah dan diharap untuk terus diadakan lagi pada masa akan datang. Begitu juga para panelis yang menyokong penuh program ini.

 
     
MAKH-KalamQowi  MAKH-KalamQowi4  MAKH-KalamQowi3
 
     

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel