05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Bahagian Undang-undang Keluarga Islam JHEAINS ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI.

17 November 2016 | 17 Safar 1438H  (Rabu) – Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan Lawatan kerja ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan isu-isu kekeluargaan warga kota selain menjalinkan hubungan baik antara pihak JHEAINS dengan JAWI.

Kedatangan delegasi dari JHEAINS yang diketuai oleh Ustazah Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam ini disertai oleh pegawai-pegawai perunding dan Pendaftar Nikah Cerai Ruju' JHEAINS disambut oleh Ustaz Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah BPPK serta pegawai dan kakitangan BPPK. BPPK selaku tuan rumah amat mengalu-alukan kedatangan deligasi dari JHEINS. Delegasi diberi taklimat berkaitan pelaksanaan runding cara dan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) di JAWI.

Kemudiannya, para delegasi turut dibawa melawat ke Bilik Rundingcara Sakinah dan Mawaddah di BPPK. Lawatan kerja yang berakhir setelah perbincangan, pertukaran dan percambahan pengalaman antara dua pihak berkaitan hal-hal runding cara dan khidmat nasihat dikongsi. Diharapkan agar lawatan kerja tersebut memberi faedah kepada pihak-pihak yang terlibat seterusnya mencapai matlamat yang dirancang. 

 

   
   
   

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 


Cetak   Emel