05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kem Pemantapan Akidah (KEMPAK 2016) Sekolah Menengah Peringkat Negeri, WP Labuan

1

 

 

16 November 2016 (Rabu) – Jabatan Agama Islam WP Labuan dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Malaysia WP Labuan (JPWPL), telah mengambil inisiatif menjadikan pasca peperiksaan tahun 2016 lebih bermakna dengan mengadakan Kem Pemantapan Akidah (KEMPAK 2016) Sekolah Menengah Peringkat Negeri, WP Labuan.

KEMPAK 2016 dihadiri sebanyak 80 remaja lelaki dan perempuan bertempat di Masjid Bukit Kuda, WP Labuan yang dirasmikan oleh YBhg Tuan Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Program KEMPAK 2016 memberi fokus kepada pembentukan sikap muslim sejati menerusi aktiviti-aktiviti seperti sesi ceramah, kuliah agama,  qiamullail dan latihan kendiri.

Antara objektif KEMPAK adalah untuk menanam  perasaan kecintaan dan keyakinan kepada Islam dalam diri peserta agar mereka meyakini bahawa Islam adalah agama yang benar dan terbaik untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Mencetuskan semangat dan motivasi dalaman peserta ke arah menimba ilmu pengetahuan serta melahirkan pelajar yang bersahsiah unggul .

 23  
 4kempak7  
 kempak9kempak8  

 Disediakan Oleh:

Cawangan Penguatkuasaan,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Labuan

 


Cetak   Emel