05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ahli Kariah Surau Madinah, Kg. Setia Jaya, Setapak Belajar Urus Jenazah

jenkeramat

14 November 2016 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau Madinah, Kg. Setia Jaya, Setapak pada 12 November 2016 (Sabtu). Kursus Jenazah dilaksanakan di surau berkenaan telah Berjaya menarik kehadiran seramai lebih kurang 80 ahli kariah surau Kg. Setia Jaya. Kursus yang bermula dari jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 12.00 tengah hari telah dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Amin bin Daud yang dijemput khas daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ustazah Ruzeeta binti Saad daripada Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI selaku fasilitator kursus.

Kursus jenazah yang dijalankan bermula dengan pembelajaran teori, praktikal pengurusan jenazah dan berakhir dengan kaedah pengurusan pengebumian. Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan segala ilmu pengurusan jenazah yang disampaikan sekaligus menimbulkan kesedaran di kalangan mereka dalam menghadapi situasi sebenar di saat keluarga dan masyarakat memerlukan. 

jenkeramat4 jenkeramat6
   
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel