05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

‘Mengurus Jenazah’ Bersama Pelajar SRA Al-Alusi, Kg. Datuk Keramat

jenkeramat3

13 November 2016 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Alusi, Kg. Datuk Keramat pada 11 November 2016 (Jumaat). Kursus Jenazah dilaksanakan di surau sekolah berkenaan melibatkan seramai 50 orang pelajar tahun 6 sebagai salah satu program pasca peperiksaan. Kursus yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari telah dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Muhammad Shafiq bin Mohd Zaropi dan Ustazah Ruzeeta binti Saad daripada Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Kursus jenazah yang dijalankan bermula dengan pembelajaran teori, praktikal pengurusan jenazah dan berakhir dengan kaedah pengurusan pengebumian. Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan segala ilmu pengurusan jenazah yang disampaikan sekaligus menimbulkan kesedaran di kalangan mereka dalam menghadapi situasi sebenar di saat keluarga dan masyarakat memerlukan. 

jenkeramat1 jenkeramat2
   
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel