05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantauan dan Audit Pelaksanaan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan

10 November 2016 / 10 Safar 1438H (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan program pemantauan dan audit pelaksanaan pengurusan perkahwinan, perceraian, ruju’, runding cara dan sistem pengurusan perkahwinan Islam (SPPIM)  di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan.  

Antara tujuan pemantauan dan audit ini diadakan adalah untuk memastikan operasi pengendalian urusan perkahwinan, perceraian, ruju’, runding cara dan sistem pengurusan perkahwinan Islam (SPPIM) dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, mengenal pasti perkara-perkara yang tidak mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan agar dapat dibuat teguran dan peringatan seterusnya memastikan perkhidmatan berkaitan urusan perkahwinan dan pembangunan keluarga kepada pelanggan khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan adalah berkualiti dan selari dengan undang-undang dan peraturan semasa yang ditetapkan.

Pemantauan operasi pengurusan perkahwinan dan pembangunan keluarga di Wilayah Persekutuan Labuan tidak pernah dijalankan sebelum ini dan pemantauan yang dilakukan ini amat bersesuaian pada masanya memandangkan JAWI akan melaksanakan secara sepenuhnya Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) pada tahun 2017.

Sasaran utama pengauditan ini adalah berkaitan urusan permohonan kebenaran berkahwin, pendaftaran perkahwinan, pendaftaran perkahwinan tanpa kebenaran, perkahwinan menggunakan Wali Hakim, rundingcara, SPPIM dan back log data SPPIM serta Pembayaran Fee.

 

   
   
   

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel