05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PERSEMPADANAN KARIAH MASJID-MASJID DI WILAYAH PERSEKUTUAN

IMG-20161111-WA0018 edit

7-9 November 2016. Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Bengkel Persempadanan Kariah Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Suria Hot Spring, Bentong, Pahang. Bengkel selama 3 hari ini telah disertai seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Masjid yang diketuai oleh Penyelaras Kanan setiap Pusat Zon.

1

Bengkel ini telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada konsultan yang dilantik oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Persempadanan baru Kariah Masjid yang dibuat ini akan memudahkan penyelarasan dari segi pendaftaran anak kariah, permohonan perkahwinan, pengagihan bantuan zakat dan perlantikan amil-amil zakat serta penolong pendaftar nikah. Persempadanan ini juga akan memudahkan urusan penguatkuasaan undang-undang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

1

Bengkel ini telah disempurnakan perasmian oleh YBhg. Tuan Haji Jaafar bin Haji Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Masjid.

 

IMG 20161109 120926 edit IMG 20161108 105954 edit
IMG 20161108 105941 edit IMG 20161108 110237 edit
IMG 20161108 110320 edit IMG 20161108 110433 edit
 IMG 20161108 163418 edit  IMG 20161109 093954 edit

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel