05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja ke Masjid sekitar WP Labuan

3

 

10 Nov 2016 (Khamis) ; Jabatan Agama Islam (JAWI) WP Labuan telah mengadakan satu lawatan ke Masjid sekitar WP Labuan iaitu Masjid Nur Iman, Ganggarak, SRAI Sg Miri dan Masjid Al-Mahmudiyyah, Kg Lajau WP Labuan.

Rombongan yang membawa 10 orang peserta yang terdiri daripada Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI Kuala Lumpur Dr. Abdul Ghaffar Bin Surip dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI WP Labuan, En. Sabarudin bin Hasan, mereka telah dibawa meninjau kemudahan prasarana di Masjid Nur Iman, Ganggarak, SRAI Sg Miri dan Masjid Al-Mahmudiyyah, Kg Lajau WP Labuan kemudiannya mendengar taklimat pengimarahan dan pengurusan masjid oleh Tuan Imam Ridzuan bin Nawawi, Ketua Imam Masjid Al-Mahmudiyyah.

Peserta memberi reaksi positif dengan bertanyakan pelbagai soalan sepanjang taklimat diberi. Rata-rata dari mereka berpuas hati dengan taklimat dan berkongsi pelbagai pendapat dan harapan untuk merealisasikan sistem pengimarahan dan pengurusan seumpama Masjid Al-Mahmudiyyah di masjid dan surau mereka. Lawatan berakhir selepas minum petang dan Solat Asar berjemaah.

 

21  
 45.jpg  
   

Disediakan Oleh:

Cawangan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Labuan


Cetak   Emel