05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Peningkatan Kerjaya Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2016

2

10 November 2016 (Khamis) - Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan Kursus Peningkatan Kerjaya Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2016 bertempat di  Dewan Borneo, Hotel Grand Dorsett, WP Labuan.

Kursus yang telah dihadiri oleh 80 orang Penolong Pendaftar, Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan. Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman asas tentang tugas dan tanggungjawab Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) Orang Islam Wilayah Persekutuan dan mempertingkatkan kefahaman PPNCR berkaitan peraturan dan prosedur perkahwinan, perceraian dan ruju’ di Wilayah Persekutuan.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Ybrs. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Perasmi telah menyampaikan ucapan perasmian selain memberi peluang kepada PPNCR untuk menyatakan cabaran dan permasalahan yang mereka hadapi sepanjang menjalankan tugasan sebagai PPNCR.

51  
 43  
 62  

Disediakan Oleh:

Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Labuan

 


Cetak   Emel