05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Dakwah & Pengurusan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2017

FB IMG 1478147188796 1

8 November 2016 (Selasa)Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Lawatan Kerja Dakwah & Pengurusan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2017 pada 29 Oktober sehingga 1 November 2016 bersamaan 28 Muharram sehingga 1 Safar 1438H di Kota Kinabalu, Sabah.

Lawatan ini telah disertai oleh 21 orang yang terdiri daripada jawatankuasa, kakitangan serta keluarga. Antara tujuan lawatan dakwah ini adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim dan bertukar-tukar pandangan mengenai pentadbiran masjid bagi melastarikan kerjasama di antara pihak masjid dan pihak jabatan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai-pegawai jabatan yang sangat mengalukan kehadiran kami antaranya ialah Ustaz Haji Mohamad Sidik Haji Awang, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS), Ustaz Haji Ibrahim Bin Kisab, Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Datuk Haji Ab Jamal Bin Tun DSP Dr. Hj. Sakaran, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Saudara Joannes Hidayan Centre Sabah Cawangan Bundu Tuhan, YAB Tun DSP Dr. Haji Sakaran Bin Dandai, YDP Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) serta Ustaz Khairuddin, Penolong Pengarah Unit Ekonomi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah.

Selain mengadakan lawatan kerja dakwah, pihak masjid berpeluang mengakhirkan dan mengesahkan Pelan Stategik Masjid 2017 berkonsep terkini yang diunjur kos perbelanjaan sebanyak RM1.4 juta.

Lawatan kerja dakwah ini telah diketuai oleh Pengerusi Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati iaitu Tuan Haji Yahaya Bin Haji Din. Turut serta dalam lawatan ini ialah Haji Mohamad Mokhtar Bin Mohamad Ali iaitu Timbalan Pengerusi Masjid serta Y.M. Datin Dr. Hjh. Raja Mazuin Binti Raja Abd Aziz selaku Pengerusi Biro Mulimah Dan Pelajaran.

FB IMG 1478147208151

Foto dan teks oleh:

Pusat Pentadbiran Zon 4, JAWI


Cetak   Emel