05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Daurah Tarbawi Siri Ke-3

Daurah IMG 0569

8 November 2016 (Selasa) – Pusat Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Daurah Tarbawi Kitab Qaul At-Tam Fi Ahkam Imam Wal Ma’mum siri yang ke-3 kepada Imam dan Bilal masjid, Surau Jumaat dan Surau Biasa pada 5 November 2016 bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Daurah kitab pada siri ini membincangkan berkaitan hukum takbiratul ihram. Hukum makmum bertakbir serentak bersama Imam, menyebut takbiratul ihram tanpa mad, menghadirkan niat menjadi makmum, menghadirkan 3 perkara dalam takbiratul ihram dan juga mendapat fadhilat takbiratul ihram.

Semua peserta mendapat ilmu yang amat bermanfaat semasa berlangsungnya pengajian kitab pada kali ini. Tenaga pengajar bagi Daurah Tarbawi adalah YBhg. Ustaz Mustakim Bin Mahamood @ Fauzi dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Daurah IMG 0565 Daurah IMG 0567
Daurah IMG 0566 1 Daurah IMG 0568

Foto dan teks oleh:

Pusat Pentadbiran Zon 4, JAWI


Cetak   Emel