05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Siri Pemantauan Pusat Kursus Praperkahwinan Sekitar Kuala Lumpur

 

5 November 2016M / 5 Safar 1438H (Sabtu)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan pemantauan ke Pusat-pusat Kursus Praperkahwinan sekitar Kuala Lumpur.

 

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah untuk memastikan Syarikat Penganjur Kursus Praperkahwinan Islam ini mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah digariskan berasaskan Modul MBKPI. Setiap kesalahan dan ketidakpatuhan syarikat pengajur akan diberikan surat peringatan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang di masa-masa akan datang.

 

Delegasi daripada BPPK, JAWI diketuai oleh Ustaz Zakaria bin Mohamed, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pembangunan Keluarga Islam (PKI)  dan turut dihadiri oleh Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Unit Kursus Praperkahwinan. Delegasi daripada BPPK, JAWI membuat pemantauan ke Syarikat Mahligai Firdaus. Seramai 29 orang peserta hadir berkursus pada hari tersebut. Seterusnya Syarikat Astana Mukmin yang dihadiri seramai 74 orang peserta.

 

Semoga pertemuan antara BPPK, JAWI dan syarikat-syarikat kursus perkahwinan memberi banyak manfaat kepada semua pihak dan diharapkan agar syarikat-syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta-peserta kursus.

 

 

   
   
   

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel