05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Praperkahwinan Islam Siri 2/2016

5-6 November 2016 (Sabtu-Ahad) / 5-6 Safar 1438 HIjrah, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa telah mengadakan Kursus Praperkahwinan Bil.2/2016 dan disertai seramai 68 orang peserta.

Program bermula dengan sesi pendaftaran dan sarapan pagi. Kursus selama dua hari berturut-turut ini dimulakan pada jam 9.00 pagi hari pertama dengan slot pertama bertajuk Akidah & Ibadah oleh Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad diikuti slot kedua dengan tajuk Akhlak oleh Ustazah Marriyani binti Mohamad. Slot seterusnya dengan tajuk Komunikasi Suami Isteri disampaikan oleh Ustaz Amran bin Abd Talib manakala slot kelima bertajuk Perkahwinan dan Prosedur oleh Ustaz Zakaria bin Mohamed.

Pada sesi petang, slot ketujuh dengan tajuk Hubungan Dalam Keluarga oleh Ustaz Mohd Nasir bin Abdullah dan slot kelapan dengan tajuk Pengurusan Kewangan dan Masa oleh Ustazah Mursilalaili binti Mustapa Sa’di. 

Pada hari kedua, slot kesembilan dan kesepuluh diteruskan dengan tajuk Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Encik Amiruddin dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Slot kesebelas dan dua belas berkaitan Pengurusan Stress & Perkhidmatan Rundingcara disampaikan oleh Dr Abdul Ghaffar bin Surip manakala slot terakhir dengan tajuk Pembubaran Perkahwinan pula disampaikan oleh Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad. Program ini diteruskan sehingga jam 12.30 tengah hari dan berakhir dengan majlis perasmian penutup oleh YBrs. Tuan Hj. Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.  

Program ini diadakan bagi membantu remaja dan bakal pengantin yang akan mendirikan rumahtangga sebagai satu persediaan dalam menempuh alam rumahtangga yang akan dibina. Diharapkan segala ilmu yang mereka telah diperolehi dapat diambil iktibar dan diaplikasikan dalam rumahtangga mereka kelak. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Jabatan Agama Islam dengan masyarakat setempat. 

 

   
   
   

 

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel