05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Guru-Guru SRA Timba Ilmu Urus Jenazah

jenazahsra2

5 November 2016 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Persatuan Guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Wilayah Persekutuan pada 5 November 2016 (Sabtu) bertempat di Masjid Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Kursus yang bermula jam 9.00 pagi itu telah disertai oleh seramai 40 orang peserta terdiri daripada guru-guru SRA sekitar Wilayah Persekutuan. Kursus yang terdiri daripada kelas pembelajaran teori dan praktikal mengurus jenazah telah dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Amin bin Daud daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dibantu oleh 2 orang fasilitator dari Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI iaitu YBhg. Ustaz Muhammad Shafiq bin Mohd Zaropi dan YBhg. Ustazah Ruzeeta binti Saad.

Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar para peserta bukan saja dapat memanfaatkan segala ilmu pengurusan jenazah yang disampaikan dengan sebaiknya malahan dapat menyebarluas ilmu tersebut kepada warga SRA  keseluruhannya. 

jenazahsra jenazahsra1
   
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel