05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pelajar Tingkatan 3 SMK Jinjang Utara & SMK Seri Mulia Belajar ‘Tajhiz Jenazah’

jinjang1

 

2 November 2016 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengendalikan Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Jinjang Utara pada 2 November 2016 (Rabu). Kursus Jenazah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Jinjang Utara bersama-sama Panitia Pendidikan Islam SMK Jinjang Utara telah dilaksanakan di surau sekolah berkenaan melibatkan seramai 80 orang pelajar Tingkatan 3 sebagai salah satu program pasca peperiksaan PT3. Kursus yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari telah dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Khairulnizam bin Khadri, Ustaz Muhammad Shafiq bin Mohd Zaropi dan Ustazah Raisah bin Abu Bakar daripada Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Kursus serupa pada hari yang sama turut diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mulia, Bandar Tun Razak, Cheras anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Mulia melibatkan seramai 70 orang pelajar tingkatan 3 serta dikendalikan oleh YBhg. Ustazah Salasia binti Isdal dibantu oleh Ustaz Mohamad Zainuri bin Mohd Rawi dan Ustazah Norhalimi binti Che Pi juga daripada Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Kursus jenazah yang dijalankan bermula dengan pembelajaran teori, praktikal pengurusan jenazah dan berakhir dengan kaedah pengurusan pengebumian. Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan segala ilmu pengurusan jenazah yang disampaikan sekaligus menimbulkan kesedaran di kalangan mereka dalam menghadapi situasi sebenar di saat keluarga dan masyarakat memerlukan. 

 

jinjang2 jinjang4
jinjang3  jinjang6
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel